Reach out to us!

30,000 Pelajar USM Bakal Menerima Kad SIM Percuma di bawah Inisiatif Belajar Dari Rumah Yayasan YTL

Rabu, 22 April 2020: Ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (“PKP”) yang telah pun memasuki minggu ke enam, kebanyakan universiti di negara ini telah beralih ke platform dalam talian bagi membolehkan kuliah diteruskan. Di dalam kes Universiti Sains Malaysia (“USM”), sebahagian besar daripada 30,000 pelajarnya tinggal di rumah semasa tempoh PKP ini dan sedang perlahan-lahan menyesuaikan diri dengan kaedah pembelajaran jarak jauh dalam talian dari rumah masing-masing.

Menerusi kolaborasi dengan USM, Yayasan YTL telah memperluaskan lagi Inisiatif Belajar Dari Rumah anjurannya yang kini turut merangkumi para pelajar universiti berkenaan. Mulai hari ini, pelajar USM boleh memohon untuk mendapatkan kad SIM prabayar Yes 4G percuma dengan 40 GB data yang sah selama 60 hari. Setiap pelajar layak untuk menerima satu kad SIM percuma sahaja.

Yayasan YTL telah banyak membantu para pelajar institusi pengajian tinggi menyempurnakan pengajian mereka sejak 1997 dan selama ini telah mengurniakan biasiswa kepada pelajar USM yang berbakat. Menerusi inisiatif ini, pelajar USM boleh mengakses kuliah serta sumber dalam talian sekali gus memastikan tiada pelajar yang akan ketinggalan akibat kurang kemampuan dan ketiadaan data berkelajuan tinggi.

Timbalan Naib Canselor (Kelestarian dan Pembangunan Institusi) USM, Profesor Dr. Md. Roslan Hashim berkata, “USM berasa amat berbesar hati kerana dapat berkolaborasi dengan Yayasan YTL tepat pada masanya. Kami amat menghargai usaha Yayasan menganjurkan Inisiatif Belajar Dari Rumah dan menyediakan kad SIM Yes 4G secara percuma bagi menyokong langkah Universiti bagi melaksanakan dan membantu aktiviti pembelajaran secara dalam talian untuk para pelajar kami di sepanjang tempoh penularan wabak COVID-19 ini.”

Inisiatif Belajar Dari Rumah membuka permohonan kepada para pelajar USM dan ibu bapa yang mempunyai anak di sekolah kerajaan serta Sekolah Menengah Persendirian Cina untuk mendapatkan kad SIM prabayar Yes 4G percuma hingga 31 Mei 2020.

Sila kunjungi www.ytlfoundation.org/learn bagi memohon kad SIM prabayar Yes 4G dan mendaftar aplikasi kuiz rujukan FrogPlay Mobile serta pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains untuk pelajar-pelajar Darjah 1 hingga Tingkatan 5. Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai inisiatif ini, sila ikuti kami di https://www.facebook.com/ytlfoundation atau @ytlfoundation dalam Instagram dan Twitter.

Copy to clipboard

Latest Articles

Sign Up for Our
Touchpoints Newsletter


Find out about how we are impacting our communities. Sign up here for our quarterly newsletter!
YTL Foundation was founded in 1997 on the belief that education is the basis on which every society progresses. By improving education, empowering future generations and building tomorrow’s leaders, YTL Foundation aims to empower individuals and communities to be catalysts of change.

More Information

Helpful Links

Terms & Policies

Menu

Get In Touch

ADDRESS
YTL Foundation
[199701006074 (421570-A)]
32nd, Menara YTL
205, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Follow Us
Copyright © 2022 YTL Foundation [199701006074 (421570-A)]. All rights reserved
menu