Setelah dua minggu pelaksanaan inisiatif “Belajar Dari Rumah”, kami telah menerima sebuah permohonan yang menyentuh hati daripada seorang ibu tunggal yang kematian suami dari Labuan. Kerana tidak pasti akan kelayakan anaknya untuk menerima kad SIM 40GB percuma yang kami tawarkan, beliau telah menyertakan gambar tiga orang anaknya yang kecil, iaitu seorang lelaki dan dua orang perempuan memegang sijil kematian bapa mereka sewaktu permohonan, bagi memastikan anaknya dapat meneruskan pembelajaran dari rumah.

Kami ingin membantu dengan memberikan telefon percuma dengan data 120GB (10GB / sebulan selama 12 bulan) kepada murid dari keluarga B40 supaya mereka boleh belajar dari rumah. Adakah anda mengenali murid yang tidak dapat meneruskan pembelajaran dari rumah kerana tidak mempunyai peranti?

Sebelum mencalonkan murid, sila pastikan murid adalah daripada keluarga B40:

  1. Dapatkan kebenaran daripada ibubapa murid yang hendak dicalonkan dan kumpulkan maklumat berikut:
    1. Nombor MyKid/MyKad murid
    2. Nombor MyKad Ibubapa
    3. Status B40 ibubapa daripada portal Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
  2. Untuk mendapatkan status B40 ibubapa, sila pergi ke https://bpn.hasil.gov.my/, masukkan nombor kad pengenalan ibubapa, kemudian klik ‘Semak’
  3. Untuk mengesahkan bahawa murid tergolong dalam keluarga B40, status penerimaan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ibubapa haruslah tertera sebagai LULUS dengan jumlah bantuan bernilai RM1,600.
  4. Sertakan tangkapan skrin sebagai bukti (lihat contoh dibawah)

Semua permohonan telah dilanjutkan sehingga 30 June 2021.