INISIATIF BELAJAR DARI RUMAH KINI DIPERLUASKAN KEPADA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI !
Sukacita dimaklumkan bahawa YTL Foundation dengan kerjasama YES dan FrogAsia, menyediakan data mudah alih percuma kepada pelajar Universiti bagi memudahkan mereka untuk turut belajar dari rumah.











SEMAK STATUS PENDAFTARAN
Sudah mendaftar? Klik di sini untuk menyemak status permohonan.
Semua permohonan telah dilanjutkan sehingga 30 June 2021.

- 1. Apakah yang terkandung dalam pakej Learn from Home: Kad sim YES dengan data 40GB percuma?
- 2. Adakah pengesahan diperlukan untuk mendapatkan kad sim dengan data ini?
- 3. Adakah saya akan diberitahu bahawa pendaftaran saya telah berjaya?
- 4. Di manakah harus saya mengambil KAD SIM Prabayar YES?
- 5. Adakah Akaun Prabayar YES mempunyai tempoh sah laku?
- 6. Apakah akan berlaku selepas tempoh sah laku? Adakah saya akan dicaj pembayaran perkhidmatan?
- 7. Bagaimanakah cara untuk mengaktifkan Kad SIM Prabayar YES setelah diterima?
- 8. Adakah kad SIM Prabayar YES boleh digunakan dengan mana-mana peranti / telefon mudah alih?
- 9. Adakah kawasan tempat tinggal saya termasuk di dalam liputan rangkaian perkhidmatan YES?
- 10. Siapakah yang boleh saya hubungi jika saya memerlukan lebih banyak maklumat?
Pakej ini terdiri daripada:
- PERCUMA Satu (1) Kad SIM Prabayar dengan Nombor Telefon YES;
- Data LTE 40GB PERCUMA dengan Tempoh Sah Guna Akaun enam puluh (60) hari dari tarikh pengaktifan perkhidmatan.
Ya, pengesahan diperlukan untuk memastikan anda seorang pelajar dari universiti yang disebutkan di atas. Setelah pengesahan dilakukan, anda akan menerima emel daripada kami dengan panduan seterusnya.
Pelanggan yang layak akan menerima SMS dan Emel pengesahan.
Agen penghantaran kami akan menghantar Kad SIM Prabayar YES kepada anda setelah proses pendaftaran anda berjaya.
Ya, Akaun YES Prabayar mempunyai Tempoh Sah laku Akaun enam puluh (60) hari dari tarikh pengaktifan perkhidmatan.
Tidak, data Internet 40GB LTE adalah percuma dan hanya sah digunakan dalam tempoh enam puluh (60) hari dari pengaktifan.
- Layari https://shop.yes.my/shop/activate.do.
- Masukkan “Order No” (rujuk emel) pada kotak “Order No” dan Nombor Telefon Yes pada kotak “Yes Mobile Number”.
- Klik pada butang “Activate” dan kad SIM anda akan diaktifkan dalam masa 2 minit.
Untuk senarai penuh peranti/ telefon mudah alih yang disokong, sila layari https://www.yes.my/supported-devices.
Untuk menyemak kawasan liputan rangkaian YES, layari https://www.yes.my/ms/support/coverage.
Anda boleh menghubungi kami melalui emel learnfromhome.uni@yes.my.