INITIATIF BELAJAR DARI RUMAH MEMPERLUASKAN AKSES KEPADA INDEPENDENT CHINESE SECONDARY SCHOOLS (ICSS)!
Sukacita dimaklumkan bahawa YTL Foundation dengan kerjasama YES dan FrogAsia, akan menyediakan bahan pembelajaran dalam talian dan data mudah alih percuma kepada sekolah ICSS bagi membolehkan murid - murid dari sekolah berkenaan untuk turut belajar dari rumah. Bersama-sama kita pastikan pelajar kita selamat dan dapat meneruskan pembelajaran!
Akses Kandungan Untuk Pembelajaran Anak Anda
Mahu anak anda belajar di rumah? Bantu mereka meneruskan pembelajaran menerusi sukatan pelajaran yang disediakan oleh para guru di Teach for Malaysia. Video, nota dan pelbagai aktiviti disediakan untuk Tahun 1- Tingkatan 5, malah kaedah pembelajaran kami amat menarik dan selari dengan kurikulum kebangsaan. Bantulah anak anda menikmati pembelajaran di rumah hari ini!

Ulangkaji dengan Kuiz
Anda tertanya-tanya bagaimana anda boleh menilai perkembangan pembelajaran anak anda? Bantu mereka melalui koleksi kuiz yang boleh didapati menerusi aplikasi FrogPlay Mobile!
Kami menawarkan lebih daripada 13,500 kuiz untuk anda! Koleksi kuiz ini meliputi subjek-subjek bagi SK, SMK, SJKC dan SJKT. Muat turun aplikasi FrogPlay pada telefon pintar dan tablet anda hari ini!
Sumber pembelajaran kami dikemas kini setiap minggu. Sila langgan untuk notifikasi sumber pembelajaran terkini.

Dapatkan Data Percuma
YES memberikan kad SIM pelan data prabayar bernilai 40GB kepada ibubapa untuk pembelajaran anak - anak mereka di rumah. Kad SIM ini akan di hantar ke alamat kediaman yang berdaftar.
Untuk memohon kad SIM percuma, sila klik di bawah.
Dapatkan kad SIM anda dengan 3 langkah mudah




1. Data Percuma YES 40GB
- 1. Apakah yang terkandung dalam pakej Learn from Home: Kad sim YES dengan data 40GB percuma?
- 2. Adakah pengesahan diperlukan untuk mendapatkan kad sim dengan data ini?
- 3. Adakah saya akan diberitahu bahawa pendaftaran saya telah berjaya?
- 4. Di manakah harus saya mengambil KAD SIM Prabayar YES?
- 5. Saya mempunyai beberapa orang anak. Bolehkah saya mendaftar untuk kesemua anak saya?
- 6. Adakah Akaun Prabayar YES mempunyai tempoh sah laku?
- 7. Apakah akan berlaku selepas tempoh sah laku? Adakah saya akan dicaj pembayaran perkhidmatan?
- 8. Bagaimanakah cara untuk mengaktifkan Kad SIM Prabayar YES setelah diterima?
- 9. Adakah kad SIM Prabayar YES boleh digunakan dengan mana-mana peranti / telefon mudah alih?
- 10. Adakah kawasan tempat tinggal saya termasuk di dalam liputan rangkaian perkhidmatan YES?
- 11. Siapakah yang boleh saya hubungi jika saya memerlukan lebih banyak maklumat?
Pakej ini terdiri daripada:
- PERCUMA Satu (1) Kad SIM Prabayar dengan Nombor Telefon YES;
- Data LTE 40GB PERCUMA dengan Tempoh Sah Guna Akaun enam puluh (60) hari dari tarikh pengaktifan perkhidmatan.
Ya, pengesahan diperlukan untuk memastikan anak anda adalah salah seorang daripada murid yang disenaraikan oleh pihak sekolah ICSS seperti mana yang tertera di borang aplikasi. Setelah pengesahan dilakukan, anda akan menerima emel daripada kami dengan panduan seterusnya.
Pelanggan yang layak akan menerima SMS dan Emel pengesahan.
Agen penghantaran kami akan menghantar Kad SIM Prabayar YES kepada anda setelah proses pendaftaran anda berjaya.
Pelanggan yang layak bolehlah mengulangi proses pendaftaran untuk setiap anak yang layak, namun Pelanggan yang Layak tidak boleh mempunyai, secara agregat, lebih daripada lima (5) akaun prabayar dengan YES.
Ya, Akaun YES Prabayar mempunyai Tempoh Sah laku Akaun enam puluh (60) hari dari tarikh pengaktifan perkhidmatan.
Tidak, data Internet 40GB LTE adalah percuma dan hanya sah digunakan dalam tempoh enam puluh (60) hari dari pengaktifan.
- Layari https://shop.yes.my/shop/activate.do.
- Masukkan “Order No” (rujuk emel) pada kotak “Order No” dan Nombor Telefon Yes pada kotak “Yes Mobile Number”.
- Klik pada butang “Activate” dan kad SIM anda akan diaktifkan dalam masa 2 minit.
Untuk senarai penuh peranti/ telefon mudah alih yang disokong, sila layari https://www.yes.my/supported-devices.
Untuk menyemak kawasan liputan rangkaian YES, layari https://www.yes.my/ms/support/coverage.
Anda boleh menghubungi kami melalui emel learnfromhome.icss@yes.my.
2. Belajar Kuiz Revisi
- 1. Bagaimanakah saya mengakses Kuiz Revisi?
- 2. Saya seorang pengguna baharu Frog, bagaimanakah harus saya log masuk?
- 3. Saya telah muat turun dan log masuk ke aplikasi FrogPlay Mobile. Bagaimana saya boleh mula untuk belajar?
Untuk belajar dengan menjawab kuiz, muat turun aplikasi FrogPlay Mobile di telefon bimbit/tablet. FrogPlay mempunyai lebih daripada 5000 soalan kuiz untuk murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5!
- Untuk Android Play Store: Layari http://bit.ly/frogplayandroid
- Untuk iOS App Store: Layari http://bit.ly/frogplayios
Sebagai pengguna baru, anda boleh membuat akaun FrogPlay Mobile untuk pembelajaran dari rumah dengan menggunakan ID Facebook anda. Ikuti langkah-langkah berikut:
- Buka Aplikasi
- Masukkan alamat https://frog.school
- Teruskan dengan Facebook
- Masukkan butiran log masuk Facebook
- Klik “Confirm” untuk ke skrin terma dan syarat.
- Selepas log masuk, tekan 'Revise' untuk mula menjawab kuiz, pilih tahap (cth. Sekolah Rendah tahap satu), pilih subjek (cth. Sains), dan pilih kuiz dari senarai.
- Untuk mencari kuiz tertentu (cth. Mengikut tahun anak anda), tekan butang tapis di bahagian atas sebelah kanan skrin untuk menjalankan carian lanjutan.
- Dari halaman utama, anda juga boleh menekan 'Reports' untuk melihat skor kuiz anak anda. Selamat belajar!