Reach out to us!

YES PRIHATIN jamin proses pembelajaran kanak-kanak B40

Antara cabaran terbesar buat rakyat Malaysia dalam menghadapi wabak COVID-19 ialah mencari langkah efektif untuk meneruskan proses pembelajaran bagi kanak-kanak.

Itulah titik permulaan pelan YES PRIHATIN LEARN FROM HOME yang dilancarkan oleh YES sempena pelancaran Jaringan PRIHATIN pada 5 Mei 2021.

Pada Mac 2020, ketika wabak COVID-19 mula melanda negara, Yayasan YTL dengan kerjasama YES dan platform pembelajaran FrogAsia melancarkan inisiatif Learn-From-Home yang direka khas untuk menjamin proses pembelajaran kanak-kanak di bangku sekolah berterusan sepanjang tempoh wabak itu.

Dengan kerjasama guru dan pemimpin masyarakat di seluruh negara untuk mengenal pasti mereka yang di ambang bahaya keciciran, Yayasan YTL dan YES bergabung membekalkan telefon serta kad SIM dengan 40GB data secara percuma kepada kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan.

Telefon itu juga membolehkan mereka untuk terus berhubung dengan guru dan sekolah masing-masing, di samping memberikan akses kandungan pembelajaran Learn-From-Home Yayasan YTL yang merangkumi empat subjek teras dan 13,000 kuiz serta latihan ulang kaji bagi semua subjek teras milik FrogAsia.

Program Learn-From-Home kemudian diperluas kepada mahasiswa daripada lebih 30 universiti dan institusi pendidikan tinggi, selain 230,000 ahli Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP).

Kini, Yayasan YTL dan YES sudah mengagihkan lebih 18 juta GB data 4G, 450,00 kad SIM dan 100,000 telefon pintar 4G secara percuma kepada pelajar, keluarga dan guru memerlukan.

Ini juga membantu Malaysia membentuk ekosistem pengajaran dan pembelajaran digital yang efektif dan bersemangat.

Terdapat dua pelan peranti YES PRIHATIN untuk rakyat B40: YES PRIHATIN Learn-From-Home Keluarga dan YES PRIHATIN Learn-From-Home Individu.

Menerusi subsidi Jaringan PRIHATIN, kedua-dua pelan itu membekalkan pelanggan dengan telefon pintar, data dan akses kandungan Learn-From-Home Yayasan YTL secara percuma bagi tempoh setahun tanpa sebarang deposit, kontrak atau bayaran dikenakan.

Pelanggan juga akan menerima baucar Shopee bernilai RM50 untuk pembelian barangan keperluan.

Dengan memilih YES PRIHATIN, keluarga B40 akan memiliki akses penuh kandungan pembelajaran Learn-From-Home Yayasan YTL, merangkumi sesi pembelajaran bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dari Tahun Satu ke Tingkatan Lima.

Ia dibangunkan mengikut piawaian silibus pendidikan Malaysia, juga akses kepada kuiz ulang kaji bagi semua subjek teras yang boleh didapati di aplikasi FrogPlay oleh FrogAsia.

Semua 1,272 sesi pembelajaran Learn-From-Home juga boleh didapati di laman rasmi Yayasan YTL dan aplikasi FrogPlay yang tampil dengan lebih 13,000 kuiz, menjadikan proses pembelajaran dan ulangkaji lebih mudah diakses semua pelajar yang memiliki telefon pintar.

YES percaya bahawa pendidikan adalah kunci yang boleh membuka jalan kepada pelbagai kemungkinan.

Dengan menghapuskan sebarang bentuk halangan dalam pendidikan dan menjadikan pembelajaran atas talian lebih mudah didapati oleh semua, YES memberi setiap pelajar peluang untuk berjaya dan mencipta pencapaian mereka dengan lebih baik.

Inisiatif YES PRIHATIN akan memberikan impak kepada kehidupan kanak-kanak dan keluarga B40, seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara dalam jangka masa panjang.

Pelan YES PRIHATIN boleh didapati di https://www.yes.my/kasiupB40 atau menerusi aplikasi MyYes. Anda juga boleh membantu mana-mana keluarga B40 dengan mencadangkan mereka bagi pelan YES PRIHATIN di https://ytlfoundation.org/learnfromhome/.

Copy to clipboard

Latest Articles

Sign Up for Our
Touchpoints Newsletter


Find out about how we are impacting our communities. Sign up here for our quarterly newsletter!
YTL Foundation was founded in 1997 on the belief that education is the basis on which every society progresses. By improving education, empowering future generations and building tomorrow’s leaders, YTL Foundation aims to empower individuals and communities to be catalysts of change.

More Information

Helpful Links

Terms & Policies

Menu

Get In Touch

ADDRESS
YTL Foundation
[199701006074 (421570-A)]
32nd, Menara YTL
205, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Follow Us
Copyright © 2022 YTL Foundation [199701006074 (421570-A)]. All rights reserved
menu