Reach out to us!

Yayasan YTL Memohon Bantuan Guru Bagi Memberikan Telefon Pintar Percuma

Pelengkap kepada pakej data, kandungan pembelajaran dan peranti untuk keluarga B40

Kuala Lumpur, 7 April 2020: Yayasan YTL hari ini mengumumkan bahawa ia kini akan memberikan telefon pintar secara percuma di bawah Inisiatif Belajar dari Rumah atau Learn from Home Initiative anjurannya. Ini adalah tambahan kepada kad SIM YES 4G dilengkapi dengan data sebanyak 40 GB selain sumber pembelajaran yang turut diberikan kepada para pelajar sekolah kerajaan secara percuma.

Yayasan YTL dengan kerjasama YTL Communications menawarkan telefon pintar percuma kepada para pelajar sekolah kerajaan dari keluarga B40 yang tidak memiliki telefon pintar atau peranti mudah alih bagi sesi pembelajaran dari rumah. Setiap telefon pintar tersebut akan dilengkapi dengan kad SIM prabayar YES 4G dan pelan data sebanyak 120GB bagi tempoh12 bulan.

Bagi memastikan telefon pintar tersebut dapat diberikan kepada keluarga yang memerlukan, Yayasan YTL memohon kerjasama para guru sekolah kerajaan untuk tampil membantu memberikan nama para pelajar yang layak, kerana guru-guru merupakan barisan yang terbaik bagi mengenal pasti keluarga ini. Para guru memainkan peranan penting dalam usaha membantu pelajar di dalam kelas, selain kerap meluangkan masa, tenaga dan ilmu bagi membantu para pelajar mereka. Selain itu, guru-guru dan ibu bapa juga harus berkerjasama rapat bagi membolehkan para pelajar dapat meneruskan sesi pembelajaran dari rumah dengan baik tanpa sebarang gangguan.

Sejak inisiatif ini dilancarkan dua minggu lepas, para pekerja YTL Communications telah bekerja sepanjang masa bagi memenuhi permohonan bagi mendapatkan kad SIM YES 4G percuma. Dalam ketika memproses kesemua permohonan berkenaan, YTL Communications tertarik dengan satu permohonan yang datang daripada seorang ibu tunggal di sebuah perkampungan nelayan di Labuan. Permohonan berkenaan disertai dengan sekeping gambar tiga anak kecil (seorang lelaki dan dua perempuan) yang sedang memegang sijil kematian ayah mereka. Gambar itu disertakan di dalam borang permohonan ibu tunggal ini kerana beliau tidak pasti jika anak-anaknya layak menerima kad SIM yang ditawarkan kerana suaminya telah meninggal dunia. Turut menyayat hati, beliau baru-baru ini telah kehilangan kerja sama seperti kebanyakan yang lain di kamung halaman beliau disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Atas dasar prihatin dan tanggungjawab sosial korporat, Yayasan YTL telah memberikan sebuah telefon pintar bersama-sama dengan kad SIM percuma seperti yang dipohon.

Yayasan YTL amat memahami kesukaran yang dihadapi oleh kebanyakan keluarga di Malaysia, terutama mereka dari golongan B40 ketika dunia dan negara kita sedang menghadapi ujian berat berikutan penularan wabak COVID-19. Ada yang terpaksa bertungkus-lumus demi mencari sesuap nasi, namun, dalam apa jua cabaran yang dihadapi, YTL Foundation tetap nekad membantu pendidikan generasi muda terutamanya kepada mereka yang memerlukan.

Bekas guru dan isteri kepada Pemegang Amanah Yayasan YTL Tan Sri Aris Othman, Puan Sri Sherina Aris berkata, “Saya amat bersetuju bahawa guru adalah yang terbaik untuk menilai keperluan pelajar di dalam kelas mereka. Saya membesar dalam keluarga yang sangat miskin, dan guru sayalah yang telah membantu saya menamatkan pengajian. Saya telah mengalami anemia akibat kekurangan nutrisi dan guru sayalah yang telah menyedari perkara ini dan menghantar saya berjumpa doktor serta mencari penaja yuran persekolahan saya. Guru-guru lain turut sama menyumbang bagi memastikan saya mendapat nutrisi harian yang mencukupi. Sebagai seorang bekas guru dan seorang yang pernah mengalami sendiri kebaikan yang dicurahkan oleh guru, saya yakin anda boleh percaya bahawa guru sentiasa mengutamakan kesejahteraan para pelajar mereka.”

Pengerusi Yayasan YTL, Tan Sri Francis Yeoh Sock Ping menambah, “Ibu saya juga pernah menjadi guru dan kami membesar dengan melihat betapa dedikasinya beliau terhadap pelajar. Beliau akan mengadakan kelas tambahan untuk pelajar yang lemah setiap hari selepas waktu persekolahan, namun kelas tambahan tidak akan bermula selagi pelajar tidak diberikan makanan terlebih dahulu kerana beliau tahu bahawa ramai di antara mereka tidak mampu untuk mendapatkan bekalan makan tengah hari yang baik. Kami menghormati semua guru dan kami percaya bahawa mereka dapat membantu kami bagi mengenalpasti pelajar yang paling memerlukan dapat menerima tawaran percuma ini.”

Guru-guru boleh mencalonkan nama pelajar yang layak menerima telefon pintar di
www.ytlfoundation.org/learn. Para pelajar yang berjaya akan dimaklumkan dan perlu mengemukakan pendaftaran mereka bagi membolehkan mereka menerima telefon pintar dilengkapi pelan data 12 bulan YES 4G percuma.

Sejak inisiatif ini dilancarkan, FrogAsia telah memuatnaik lebih daripada 5000 kuiz di aplikasi FrogPlay Mobile. Teach For Malaysia turut menyertai inisiatif ini dalam membangunkan kandungan-kandungan berkaitan mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik berpandukan kurikulum kebangsaan. Layari www.ytlfoundation.org/learn untuk mendapatkan kandungan berkenaan serta memohon kad SIM prabayar YES 4G secara percuma.

Bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai inisiatif ini, sila ikuti kami di https://www.facebook.com/ytlfoundation atau @ytlfoundation dalam Instagram dan Twitter.

Copy to clipboard

Latest Articles

Sign Up for Our
Touchpoints Newsletter


Find out about how we are impacting our communities. Sign up here for our quarterly newsletter!
YTL Foundation was founded in 1997 on the belief that education is the basis on which every society progresses. By improving education, empowering future generations and building tomorrow’s leaders, YTL Foundation aims to empower individuals and communities to be catalysts of change.

More Information

Helpful Links

Terms & Policies

Menu

Get In Touch

ADDRESS
YTL Foundation
[199701006074 (421570-A)]
32nd, Menara YTL
205, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Follow Us
Copyright © 2022 YTL Foundation [199701006074 (421570-A)]. All rights reserved
menu