Soalan Lazim Learn from Home
Bahan Pembelajaran Percuma, Kuiz Revisi Percuma, 40GB Data Internet Percuma
Bagi menyokong ibu bapa, YTL Foundation dengan kerjasama YES dan FrogAsia akan membekalkan 40GB data Internet dan akses sumber pembelajaran percuma kepada semua murid sekolah kerajaan.
Melalui inisiatif ini, semua murid sekolah rendah dan menengah boleh mengakses:
- Bahan pembelajaran percuma yang selaras dengan kurikulum sekolah kebangsaan Malaysia untuk membolehkan murid mengikuti sukatan pelajaran sekolah di rumah..
- Kuiz Revisi percuma dengan memuat turun aplikasi mudah alih FrogPlay.
- 40GB Data percuma untuk murid belajar dari rumah.
Layari ytlfoundation.org/learn sekarang!!
BELAJAR: Sumber Pembelajaran Percuma
- 1. Bagaimana saya boleh belajar dari rumah semasa sekolah ditutup?
- 2. Apakah yang harus saya lakukan untuk mengakses sumber pembelajaran percuma tersebut?
- 3. Di manakah saya boleh mengakses bahan pembelajaran tersebut?
- 4. Apakah mata pelajaran yang tersedia untuk bahan pembelajaran tersebut?
- 5. Bagaimanakah saya tahu jika bahan pembelajaran telah dikemaskini?
- 6. Bagaimanakah saya menggunakan bahan pembelajaran tersebut untuk membantu anak saya?
- 7. Bagaimana pula dengan Kuiz Revisi?
- 8. Bolehkah saya mengakses bahan pembelajaran menggunakan perkhidmatan Internet lain, selain data 40GB percuma YES?
Kami telah menghasilkan pembelajaran dari rumah menjadi lebih mudah:
- Jawab kuiz ulangkaji melalui aplikasi FrogPlay Mobile dalam telefon bimbit/tablet untuk menguji pengetahuan anak anda dan meningkatkan pemahaman mereka. Kuiz meliputi semua subjek teras dan semua tahun, dan dicipta oleh syarikat penerbitan Pelangi dan Teach For Malaysia. Muat turun aplikasi mudah alih untuk bermula!
- Daftar untuk mengakses kandungan tambahan mingguan untuk Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, untuk Tahun 1 hingga Tingkatan 5, untuk membantu anak-anak dengan pembelajaran mereka. Dicipta secara kerjasama bersama Pelangi, sumber pembelajaran ini selari dengan kurikulum Malaysia.
Anda cuma perlu layari ytlfoundation.org/lessons dan cari bahan pembelajaran di dalam bahagian “Learn”.
Anda boleh mengakses bahan pembelajaran tersebut menggunakan komputer riba ataupun mana-mana peranti mudah alih.
Anda akan mempunyai akses kepada bahan pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, daripada Tahun 1 hingga Tingkatan 5.
Anda boleh melanggan untuk mendapat pemberitahuan apabila bahan pembelajaran telah dikemaskini, dengan meninggalkan emel anda di laman ytlfoundation.org/learn dalam bahagian “Learn”.
Untuk mempelajari cara menggunakan bahan pembelajaran tersebut, tontonilah video ini di bit.ly/frogbelajar!
Untuk belajar dengan menjawab kuiz, muat turun aplikasi FrogPlay Mobile di telefon bimbit/tablet. FrogPlay mempunyai lebih daripada 5000 soalan kuiz untuk murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5!
- Untuk Android Play Store: Layari http://bit.ly/frogplayandroid
- Untuk iOS App Store: Layari http://bit.ly/frogplayios
Ya, anda boleh mengakses bahan pembelajaran menggunakan mana-mana perkhidmatan Internet yang tersedia untuk anda.
BELAJAR: Kuiz Revisi
- 1. Bagaimanakah saya mengakses Kuiz Revisi?
- 2. Saya Pengguna baru Frog. Bagaimana cara untuk log masuk?
- 3. Saya telah muat turun dan log masuk ke aplikasi FrogPlay Mobile. Bagaimana saya boleh mula untuk belajar?
- 4. Bagaimana untuk mencari kuiz khusus dalam aplikasi FrogPlay Mobile?
- 5. Bolehkah saya menggunakan laman web?
- 6. Bolehkah saya menggunakan akaun FrogPlay Mobile saya untuk log masuk ke Frog VLE sekolah saya?
- 7. Bagaimana jika saya sudah mempunyai YES ID?~
- 8. Bolehkah saya menggunakan perkhidmatan Internet lain selain data Internet Kad SIM Prabayar YES untuk memuat turun dan mengakses aplikasi FrogPlay?
- 9. Saya mempunyai soalan lain. Apa yang perlu saya lakukan?
Untuk belajar dengan menjawab kuiz, muat turun aplikasi FrogPlay Mobile di telefon bimbit/tablet. FrogPlay mempunyai lebih daripada 5000 soalan kuiz untuk murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5!
- Untuk Android Play Store: Layari http://bit.ly/frogplayandroid
- Untuk iOS App Store: Layari http://bit.ly/frogplayios
Sebagai pengguna baru, anda boleh membuat akaun FrogPlay Mobile untuk pembelajaran dari rumah dengan menggunakan ID Facebook anda. Ikuti langkah-langkah berikut:
- Buka Aplikasi
- Masukkan alamat https://frog.school
- Teruskan dengan Facebook
- Masukkan butiran log masuk Facebook
- Klik “Confirm” untuk ke skrin terma dan syarat.
- Selepas log masuk, tekan 'Revise' untuk mula menjawab kuiz, pilih tahap (cth. Sekolah Rendah tahap satu), pilih subjek (cth. Sains), dan pilih kuiz dari senarai.
- Untuk mencari kuiz tertentu (cth. Mengikut tahun anak anda), tekan butang tapis di bahagian atas sebelah kanan skrin untuk menjalankan carian lanjutan.
- Dari halaman utama, anda juga boleh menekan 'Reports' untuk melihat skor kuiz anak anda. Selamat belajar!
Tidak. Untuk Frogplay Mobile Home Learning, anda perlu muat turun aplikasi FrogPlay Mobile melalui Google Play Store menggunakan telefon bimbit / tablet.
- Untuk Android Play Store: Layari http://bit.ly/frogplayandroid
- Untuk iOS App Store: Layari http://bit.ly/frogplayios
- Akaun FrogPlay Mobile adalah untuk tujuan Belajar Dari Rumah, dan hanya boleh digunakan untuk mengakses aplikasi FrogPlay Mobile untuk membolehkan pembelajaran di rumah bagi tempoh masa ini.
- Sebaik sahaja anda kembali ke sekolah, anda boleh meminta guru atau admin sekolah untuk memberikan Yes ID supaya anda boleh mengakses kesemua fungsi Frog VLE dalam persekiran sekolah anda. Jika anda memerlukan sebarang bantuan untuk mendapatkan YES ID sekolah anda, anda boleh menghubungi meja bantuan FrogAsia.
- Jika anda sudah mempunyai YES ID, anda boleh memuat turun aplikasi mudah alih untuk iOS atau Android, dan log masuk ke aplikasi FrogPlay Mobile dengan alamat sekolah dan nama pengguna serta kata laluan anda seperti biasa.
- Anda juga boleh mengakses VLE Frog dengan log masuk melalui http://hopin.frogasia.com dan dengan memuat turun semua aplikasi mudah alih Frog untuk membantu anda belajar pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Cari FrogAsia Sdn Bhd di Google Play Store atau Apple App Store untuk mencari aplikasi mudah alih kami!
Ya, anda boleh menggunakan mana-mana perkhidmatan Internet yang tersedia untuk memuat turun dan mengakses aplikasi FrogPlay pada peranti / telefon mudah alih anda.
- Hubungi kami di Meja bantuan FrogAsia di support@frogasia.com atau 018-7997979, dan kami sangat berbesar hati untuk membantu! Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Frog dan FrogAsia, layari laman web kami di www.frogasia.com.
DATA: Kad SIM YES dengan Data 40GB Percuma
- 1. Apakah 'Kad SIM Prepaid Online YES untuk program pendidikan Learn From Home' ("Program LFH")?
- 2. Apakah Bundle Program LFH?
- 3. Bagaimana untuk menebus Bundle Program LFH?
- 4. Adakah terdapat pengesahan yang diperlukan untuk menyertai Bundle Program LFH ini?
- 5. MyKad/MyKid anak saya hilang. Bolehkah saya mendaftar menggunakan surat lahir anak?
- 6. Bagaimanakah saya tahu bahawa pendaftaran saya telah berjaya?
- 7. Di manakah harus saya memungut KAD SIM Prabayar YES?
- 8. Berapa banyakkah Bundle Program LFH yang boleh didaftar oleh setiap Pelanggan yang Layak?
- 9. Saya mempunyai beberapa orang anak. Bolehkah saya mendaftar untuk kesemua anak saya?
- 10. Adakah Akaun Prabayar YES mempunyai tempoh sah laku?
- 11. Apakah akan berlaku selepas tempoh sah laku? Adakah saya akan dicaj pembayaran perkhidmatan?
- 12. Bagaimanakah cara untuk mengaktifkan Kad SIM Prabayar YES setelah diterima?
- 13. Adakah kad SIM Prabayar YES boleh digunakan dengan mana-mana peranti / telefon mudah alih?
- 14. Adakah kawasan tempat tinggal saya termasuk di dalam liputan rangkaian perkhidmatan YES?
- 15. Siapakah yang boleh saya hubungi jika saya memerlukan lebih banyak maklumat tentang Bundle Program LFH ini?
Program LFH terbuka kepada semua ibu bapa Malaysia dengan anak-anak yang belajar di sekolah rendah atau menengah kerajaan di Malaysia untuk membolehkan anak-anak mereka mengakses sumber pembelajaran dalam talian, termasuk Aplikasi FrogPlay Mobile pada bila-bila masa, di mana sahaja, terutamanya semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Ia terdiri daripada:
- PERCUMA Satu (1) Kad SIM Prabayar dengan Nombor Telefon YES;
- Data LTE 40GB PERCUMA dengan Tempoh Sah Guna Akaun enam puluh (60) hari dari tarikh pengaktifan perkhidmatan.
Untuk menebus Bundle Program LFH, anda mesti mendaftarkan minat melalui www.ytlfoundation.com/learn dan memberikan maklumat yang diperlukan di ruangan yang disediakan di laman tersebut.
Ya, anda akan menerima emel daripada kami dengan langkah-langkah seterusnya.
Ya, namun nombor ID yang diisi semasa pendaftaran mestilah sama dengan nombor ID dicetak pada bahagian atas dan kanan surat lahir anak.
Pelanggan yang Layak akan menerima SMS dan Emel pengesahan bertajuk “Y E S to Education”.
Agen penghantaran kami akan menghantar Kad SIM Prabayar YES kepada anda selepas proses pendaftaran berjaya.
Setiap Pelanggan yang Layak berhak mendaftarkan satu (1) anak untuk satu (1) Bundle Program LFH. Pelanggan yang Layak tidak boleh mempunyai, secara agregat, lebih daripada lima (5) akaun prabayar dengan YES.
Pelanggan yang layak bolehlah mengulangi proses pendaftaran untuk setiap anak yang layak, namun Pelanggan yang Layak tidak boleh mempunyai, secara agregat, lebih daripada lima (5) akaun prabayar dengan YES.
Ya, Akaun YES Prabayar mempunyai Tempoh Sah laku Akaun enam puluh (60) hari dari tarikh pengaktifan perkhidmatan.
Tidak, data Internet 40GB LTE adalah percuma dan hanya sah digunakan dalam tempoh enam puluh (60) hari dari pengaktifan.
- Layari https://shop.yes.my/shop/activate.do.
- Masukkan “Order No” (rujuk emel) pada kotak “Order ID” dan Nombor Telefon Yes pada kotak “Mobile Number”.
- Klik pada butang “Activate” dan kad SIM anda akan diaktifkan dalam masa 2 minit.
Untuk senarai penuh peranti/ telefon mudah alih yang disokong, sila layari https://www.yes.my/supported-devices.
Untuk menyemak kawasan liputan rangkaian YES, layari https://www.yes.my/ms/support/coverage.
Anda boleh menghubungi kami melalui emel learnfromhome@yes.my.
PERANTI: Telefon Percuma dengan Data
- 1. Apakah yang dimaksudkan dengan Inisiatif Belajar Dari Rumah - Telefon pintar percuma dengan data?
- 2. Siapakah yang layak untuk menerima manfaat daripada program/inisiatif ini?
- 3. Apakah yang dimaksudkan dengan keluarga B40?
- 4. Siapakah yang boleh mencalonkan murid dari golongan B40 untuk menerima manfaat telefon percuma?
- 5. Bagaimanakah caranya untuk saya membuktikan bahawa murid tersebut adalah tergolong dalam keluarga B40?
- 6. Mengapa pencalon perlu menyertakan nombor kad pengenalan mereka?
- 7. Mengapa Ibubapa dan anak perlu menyertakan maklumat MyKad dengan terperinci?
- 8. Bagaimana sekiranya saya tidak mempunyai maklumat MyKad ibubapa dan pelajar?
- 9. Perlukah saya risau dengan pemberian maklumat peribadi di borang ini?
- 10. Adakah pemberian maklumat untuk pencalonan murid melanggari mana-mana akta?
- 11. Berapa ramai pelajar yang boleh saya calonkan?
- 12. Adakah saya akan dimaklumkan sekiranya pencalonan berjaya?
- 13. Apakah langkah seterusnya selepas pencalonan?
- 14. Apakah yang akan berlaku sekiranya ibubapa tidak mengemukakan pendaftaran dalam tempoh 7 hari? Bolehkah saya membuat pencalonan sekali lagi?
- 15. Bolehkah telefon ini digunakan untuk membuat panggilan dan menghantar SMS?
- 16. Perlukah telefon pintar ini dipulangkan?
- 17. Siapakah yang boleh saya hubungi jika saya memerlukan lebih banyak maklumat tentang Inisiatif Belajar Dari Rumah - Telefon Pintar percuma dengan data ini?
- Sebagai salah satu inisiatif Belajar Dari Rumah , YTL Foundation bekerjasama dengan Yes dan FrogAsia dalam penyediaan data dan bahan pembelajaran yang selaras dengan sukatan pembelajaran Malaysia supaya para pelajar di sekolah kerajaan dapat meneruskan pembelajaran dari rumah sewaktu musim PKP
- Inisiatif Belajar Dari Rumah - Telefon pintar percuma dengan data adalah merupakan peringkat kedua kepada inisiatif Belajar Dari Rumah, khas untuk menyokong para pelajar dari golongan B40 yang tidak mempunyai akses kepada alat peranti supaya dapat terus belajar dari rumah.
- Kami akan memberikan telefon pintar percuma kepada keluarga yang layak dikalangan komuniti B40 yang tidak mempunyai sebarang alat peranti atau telefon pintar. Setiap telefon pintar akan dilengkapi dengan data 120GB (10GB/sebulan selama 12 bulan)
- Sesiapa sahaja boleh mencalonkan murid untuk menerima telefon percuma dengan data di www.ytlfoundation.org/learn.
- Ibubapa pelajar akan dimaklumkan sekiranya pencalonan tersebut berjaya dan ibubapa kemudiannya perlu mengemukakan pendaftaran untuk telefon percuma dengan data 120GB (10Gb sebulan/selama 12 bulan)
- Kriteria:
- Pelajar yang dicalonkan mestilah terdiri daripada mereka yang bersekolah di sekolah kebangsaan sama ada di peringkat rendah atau menengah.
- Pelajar tersebut mestilah tergolong dalam keluarga B40
- Mengikut takrif kerajaan Malaysia, keluarga B40 terdiri daripada mereka yang berpendapatan isi rumah di bawah RM4,000
- Status yang telah diluluskan oleh kerajaan ini adalah sebahagian daripada program Bantuan Sara Hidup (BSH)
Sesiapa yang mengenali murid dari keluarga B40 yang benar-benar memerlukan bantuan boleh membuat pencalonan.
Anda perlu mengemukakan tangkapan skrin status penerimaan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ibubapa murid yang tertera sebagai LULUS dengan jumlah bantuan bernilai RM 1,600

Ini adalah untuk mengesahkan maklumat pencalon adalah tulen dan sahih dan untuk mengelakkan sebarang penipuan.
Ini adalah untuk mengesahkan kelayakan penerima dan tiada sebarang unsur penipuan.
Sebelum mengesyorkan murid, pencalon harus menghubungi ibubapa pelajar terlebih dahulu bagi mendapatkan keizinan dan maklumat yang diperlukan untuk tujuan penyerahan borang pengesyoran
Kami memberi jaminan bahawa maklumat peribadi yang diberi hanya akan digunakan untuk pengesahan bagi inisiatif ini. Semua maklumat yang diterima akan disimpan sulit.
Ini adalah merupakan inisiatif pihak swasta untuk membantu mereka yang memerlukan. Pihak kami ingin bekerjasama dengan mereka yang boleh membantu kami mengenal pasti pelajar yang tergolong dalam kumpulan B40 bagi memastikan manfaat telefon percuma beserta data yang kami sediakan akan sampai kepada mereka yang benar-benar berhak. Pencalonan pelajar untuk inisiatif ini adalah atas dasar keprihatinan pencalon secara sukarela dan tidak diwajibkan kepada mana - mana pihak.
Sebagai penjelasan, pihak kami tidak memerlukan sebarang pemberian maklumat dari sekolah atau organisasi yang boleh menyalahi undang-undang.
Sebelum mencalonkan pelajar, pencalon perlu menghubungi ibubapa dan pelajar untuk mendapatkan kebenaran dan maklumat pelajar untuk tujuan pencalonan. Maklumat tersebut akan dianggap sulit dan tidak akan digunakan untuk tujuan lain.
Anda boleh mencalonkan seorang murid bagi satu keluarga.
Anda akan dimaklumkan menerusi e-mel. Ibubapa akan turut menerima e-mel berkenaan langkah seterusnya iaitu proses pendaftaran
- Sekiranya pencalonan berjaya, notifikasi menerusi e-mel akan dihantar kepada guru dan ibubapa pelajar berserta langkah seterusnya.
- Pendaftaran adalah khusus untuk ibubapa sahaja.
- Ibubapa perlu mengikuti proses proses pendaftaran serta mengemukakan maklumat terperinci, termasuk memuat naik:
- Satu salinan MyKad/MyKid pelajar
- Satu salinan MyKad ibubapa
- Surat Bantuan Sara Hidup (BSH) yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai bukti status B40 atau dokumen sah yang boleh membuktikan status B40
- Ibubapa haruslah mengisi borang pendaftaran dalam tempoh 7 hari selepas menerima e-mel. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pendaftaran mereka terbatal dan dianggap tidak berjaya.
- Sekiranya ibubapa memerlukan bantuan, sila berhubung dengan ibubapa dan hulurkanlah bantuan dimana perlu
Pendaftaran akan terbatal dan dianggap tidak berjaya. Anda masih boleh membuat pencalonan baru tetapi tiada jaminan yang pencalonan tersebut akan berjaya untuk kali kedua.
Telefon pintar percuma ini dilengkapi dengan:
- Data 120GB (10GB data sebulan bagi tempoh 12 bulan)
- Panggilan suara selama 60 minit ke nombor rangkaian lain, selain YES sebulan bagi tempoh 12 bulan
- Panggilan suara dan sms tanpa had ke talian nombor YES
Sekiranya memerlukan lebih data dan panggilan suara, tambah nilai boleh dilakukan di aplikasi MyYes4G.
Tidak. Sebaik sahaja menerimanya, telefon pintar ini akan menjadi hak milik anda.
Anda boleh menghubungi Perkhidmatan Pelanggan YesCare melalui emel learnfromhome.freephone@yes.my.