YTL Foundation dengan kerjasama YES dan FrogAsia, menyediakan data mudah alih dan bahan pembelajaran atas talian secara percuma kepada semua pelajar yang berdaftar di sekolah untuk belajar dari rumah. Bagi memastikan sesi pembelajaran tidak terganggu, kami juga menyediakan data percuma kepada para guru.


SUMBER PEMBELAJARAN

PERLU LEBIH DATA?

Dapatkan Data Percuma! YES menyediakan data percuma dalam pelbagai pakej untuk para pelajar di Sekolah Awam dan di Pusat Pengajian Tinggi serta Guru. Untuk keterangan lanjut mengenai tawaran percuma kami, klik pada kategori di bawah.

Sudah membuat permohonan? Periksa status permohonan anda di sini.

Semua permohonan telah dilanjutkan hingga 30 Jun 2021.

DAPATKAN DENGAN 3 LANGKAH MUDAH

Lengkapkan pendaftaran di sini

Isikan maklumat yang diperlukan dan bersetuju dengan Terma & Syarat

Tunggu pengesahan melalui e-mel atau panggilan

Dari YesCare dalam masa 1-3 hari

Setelah menerima kad SIM. Aktifkannya di sini

Oleh pegawai penghantaran kami dalam masa 3 hari bekerja

BANTU KAMI SALURKAN TELEFON PERCUMA

Bukan semua pelajar bernasib baik untuk merasakan pengalaman belajar dari rumah. Ada dikalangan mereka yang tidak mempunyai akses kepada sebarang alat peranti. Kami ingin membantu mereka yang memerlukan dengan pemberian telefon percuma dengan data bernilai 120GB (10GB / bulan selama 12 bulan) kepada pelajar dari keluarga B40 supaya mereka juga dapat belajar dari rumah. Adakah anda mengenali mereka yang layak menerima bantuan?

Dapatkan persetujuan daripada ibu bapa pelajar yang hendak disyorkan dan kumpulkan maklumat berikut:

– Nombor MyKid / MyKad Pelajar
– Nombor MyKad ibu bapa
– Status ibu bapa B40 dari portal Bantuan Kerajaan Prihatin Nasional (BPN)

Untuk mendapatkan status B40 ibu bapa, sila ke https://bpn.hasil.gov.my/, masukkan nombor MyKad Ibu Bapa, kemudian klik ‘Semak’

Untuk memastikan pelajar berasal dari keluarga B40, sila pastikan status Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ibu bapa adalah LULUS dan jumlah yang dinyatakan adalah RM1,600. Ambil tangkapan skrin sebagai bukti. (Lihat contoh di bawah)

Anda telah memohon? Klik di sini untuk semak status permohonan.

Perlukan bantuan? Klik di sini untuk soalan lazim