Reach out to us!

Seni budaya pemangkin keharmonian kaum

KUALA LUMPUR 22 NOVEMBER 2019. Yang Mulia Raja Datuk Azureen Sultan Azlan Shah (tengah) merasmikan Splash Budaya Lottie di Lot 10, Turut hadir Pengarah Program Yayasan YTL, Datin Kathleen Chew (kiri) dan Anggota YTL Lembaga Pemegang Amanah, Datuk Yeoh Soo Min. - Foto Supian Ahmad

By Mahani Ishak22 November 2019

KUALA LUMPUR: Pameran keunikan negara yang didiami masyarakat berbilang kaum dan cara hidup menjadi tatapan generasi muda sebagai sebahagian daripada usaha usaha memperkukuhkan keharmonian.

Ini dipertontonkan kepada semua pada Lottie’S Cultural Splash dibawakan oleh YTL Foundation, pastinya membawa kegembiraan kepada kanak-kanak untuk mengenali nostalgia masyarakat terdahulu.

Pengarah Projek YTL Foundation, Datin Kathleen Chew, berkata kepelbagaian yang dimiliki itu perlu dihayati semua pihak supaya mereka memahami cara hidup setiap kaum ini selain mengukuhkan keakraban semua kaum.

Beliau berkata, keunikan warisan kebudayaan bukan hanya dipertontonkan kepada pelancong, malah membawakan generasi muda mencuba permainan tradisional.

Katanya, program tiga hari bermula hari ini adalah antara projek menjelang hujung tahun, bertepatan kalendar cuti persekolahan.

“Program dijayakan bersama Pusat Kreatif Kanak-Kanak Tuanku Bainun diharap memenuhi pengisian cuti hujung minggu seisi keluarga.

“Kepelbagaian budaya yang dipaparkan diharap kekal menjadi warisan dan pencetus kemakmuran kepada generasi muda yang tidak berpeluang merasai pengalaman nostalgia lalu seperti dikecapi generasi sebelum ini.

“Paling penting pengunjung berpeluang menyaksikan persembahan kebudayaan, tarian tradisional, seni dan permainan yang sarat dengan elemen keharmonian,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran pameran kebudayaan berlangsung di pusat beli belah Lot 10, di sini, hari ini.

Acara pembukaan disempurnakan Pengerusi Pusat Kreatif Kanak-Kanak Tuanku Bainun, Raja Datuk Azureen Sultan Azlan Shah.

Keunikan dan kepelbagaian menjadi simbol kemakmuran masyarakat berbilang kaum dipertontonkan kepada pengunjung menerusi pertunjukan drum, tarian Melayu, Cina dan seni tarian India Bharatanatyam.

Kathleen berkata, warisan kebanggaan itu wajar disemai kepada anak kecil. Mereka perlu didedahkan permainan angklung yang kini sudah asing kerana ditelan arus pembangunan.

Yang Teramat Mulia Raja Datuk Seri Azureen Sultan Azlan Shah (dua, kiri) bercakap kepada pensyarah Cultural Splash Lottie. Turut hadir ialah Pengarah Program Yayasan YTL, Datin Kathleen Chew (kiri) dan Anggota YTL Lembaga Pemegang Amanah, Datuk Yeoh Soo Min (tiga, kanan). - Foto Supian Ahmad

“Saya masih ingat ketika di bangku sekolah, ada kumpulan angklung tetapi hari ini sukar ditemui. Ini jelas seni warisan berkenaan semakin dilupakan.

“Justeru kita berharap menerusi acara tahunan ini, generasi muda diperkenalkan dengan seni budaya yang menjadi warisan,” katanya.

Mengulas mengenai aktiviti akan datang, beliau berkata, YTL Foundation sedang mempersiapkan program komuniti yang dijayakan di satu projek perumahan rakyat di Sentul dikenali Ruang Kita. Lokasi sebagai pusat aktiviti masyarakat dan kelas tuisyen.

“Projek itu dijangka dilancarkan pada Januari ini, sebahagian daripada projek kemasyarakatan bertujuan mendedahkan kepada kanak-kanak kepada persekitaran pembelajaran secara interaktif dan menyeronokkan dalam persekitaran yang selamat,” katanya.

Sementara itu, Raja Azureen berkata, program mendekatkan kanak-kanak kepada seni budaya ini perlu diteruskan untuk kebaikan semua pihak.

Generasi muda kata beliau, perlu dipupuk dengan nilai kemanusiaan yang tinggi bagi membolehkan mereka hidup dalam suasana harmoni dalam negara yang berbilang kaum dan keturunan.

“Bukan hanya menyemarakkan nilai warisan, program seumpama ini menjadi perintis kepada generasi muda mengenali permainan warisan, sekali gus membiarkan seni itu hidup subur dalam arus kemodenan,” katanya.

Source : https://www.bharian.com.my/wanita/keluarga/2019/11/631068/seni-budaya-pemangkin-keharmonian-kaum


[siteorigin_widget class="SiteOrigin_Widget_PostCarousel_Widget"][/siteorigin_widget]
Copy to clipboard

Latest Articles

Sign Up for Our
Touchpoints Newsletter


Find out about how we are impacting our communities. Sign up here for our quarterly newsletter!
YTL Foundation was founded in 1997 on the belief that education is the basis on which every society progresses. By improving education, empowering future generations and building tomorrow’s leaders, YTL Foundation aims to empower individuals and communities to be catalysts of change.

More Information

Helpful Links

Terms & Policies

Menu

Get In Touch

ADDRESS
YTL Foundation
[199701006074 (421570-A)]
32nd, Menara YTL
205, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Follow Us
Copyright © 2022 YTL Foundation [199701006074 (421570-A)]. All rights reserved
menu