Reach out to us!

Telefon pintar hadiah sempena Hari Kemerdekaan, mudahkan 180 pelajar B40 jalani PdPR

Oleh AMRAN MULUP

MELAKA: Tiada ungkapan yang mampu diluahkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Rambai, Siti Norazira Mohd. Din, 17, melainkan perasaan teruja apabila menerima telefon pintar dan data percuma sempena Hari Kemerdekaan ke-64.

Anak bongsu daripada 10 beradik itu antara 180 pelajar keluarga B40 menetap di Parlimen Tangga Batu yang menerima telefon pintar hasil kerjasama UMNO bahagian dan YTL Foundation.

Siti Norazira berkata, dia kini akan lebih fokus dan selesa untuk belajar melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) setelah menerima sumbangan terbabit.

“Sebelum ini, saya terpaksa meminjam telefon daripada abang dan kakak untuk mengikuti pembelajaran dalam talian.

“Ini menyebabkan saya hilang fokus dan ada ketika tidak dapat mengikutinya,” katanya ketika ditemui pada program penyerahan di Baitul Tariq, Klebang di sini hari ini.

Majlis disempurnakan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad; Timbalannya, Datuk Abu Bakar Mohamad Diah serta wakil Kesatuan Perkhidmatan Pendidikan Kebangsaan (KPPK), Noor Hasryzal Mohamad.

Dalam pada itu, bagi seorang lagi pelajar, Ainnur Mardiah Abd. Razak, 14, juga dari SMK Bukit Rambai, dia melahirkan rasa syukur dan gembira terpilih untuk menerima peranti percuma berkenaan.

Menurut anak bongsu daripada lima beradik itu, sebelum ini dia hanya menggunakan telefon bapa atau ibu setiap kali mengikuti PdPR.

“Susah bila tidak ada telefon bimbit sendiri untuk mengikuti pembelajaran dalam talian. Sekarang saya lega sudah ada telefon dan boleh mengikuti sesi pembelajaran dengan lebih selesa,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Ali berkata, pemberian telefon pintar itu akan ditambah mengikut permintaan terutama keluarga B40 di semua Dewan Undangan Negeri (DUN), Paya Rumput, Klebang, Sungai Udang dan Pantai Kundor.

Katanya, seramai 180 penerima dikenal pasti dan penambahan akan dilakukan seandainya wujud keperluan pada masa akan datang.

Copy to clipboard

Latest Articles

Sign Up for Our
Touchpoints Newsletter


Find out about how we are impacting our communities. Sign up here for our quarterly newsletter!
YTL Foundation was founded in 1997 on the belief that education is the basis on which every society progresses. By improving education, empowering future generations and building tomorrow’s leaders, YTL Foundation aims to empower individuals and communities to be catalysts of change.

More Information

Helpful Links

Terms & Policies

Menu

Get In Touch

ADDRESS
YTL Foundation
[199701006074 (421570-A)]
32nd, Menara YTL
205, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Follow Us
Copyright © 2022 YTL Foundation [199701006074 (421570-A)]. All rights reserved
menu