

Data Percuma untuk Guru
Kami menyediakan kad SIM prabayar 4G dengan data 2GB/sebulan secara percuma kepada guru untuk membantu mereka dalam pengajaran dan pembelajaran dalam talian. Kad SIM ini akan dihantar ke alamat rumah yang berdaftar.


Pelan Data Khas Untuk Guru
Dengan kerjasama pihak Yes, kami menawarkan tambahan data sebanyak 20GB pada harga RM15 sah selama 30 hari eksklusif untuk guru. Dapatkannya di aplikasi MyYes.
Bahan Pembelajaran Percuma
Dapatkan bahan pembelajaran berasaskan kurikulum kebangsaan dari Darjah 1 ke Tingkatan 5 di sini secara percuma untuk membantu anda mengajar dalam talian.

- 1. Apakah itu Inisiatif ‘Data Percuma Belajar Dari Rumah untuk Guru’ (“Inisiatif LFH”)
- 2. Apakah yang terkandung di dalam ‘Data Percuma Belajar Dari Rumah’ ini?
- 3. Bagaimana untuk mengetahui sekiranya permohonan saya berjaya?
- 4. Bagaimanakah cara untuk saya mengambil SIM Kad Yes?
- 5. Bagaimanakah cara untuk saya mengaktifkan kad SIM Yes selepas diterima?
- 6. Bagaimana untuk saya ketahui sekiranya kad SIM Yes boleh digunakan di dalam telefon bimbit saya?
- 7. Bagaimana untuk saya ketahui sekiranya kad SIM Yes boleh digunakan di kawasan saya?
- 8. Selain daripada pelan data ini, adakah pelan data istimewa lain untuk guru?
- 9. Siapakah yang harus dihubungi sekiranya saya memerlukan lebih banyak maklumat?
Inisiatif Data Percuma Belajar Dari Rumah untuk Guru ini adalah satu program terbuka khusus bagi kesemua guru yang mengajar pelajar peringkat rendah atau menengah di sekolah kerajaan yang mana program ini bertujuan untuk membekalkan Data Percuma bagi membolehkan pengajaran dalam talian serta aktiviti pembelajaran dapat dijalankan sepanjang tempoh penutupan sekolah berikutan pandemik Covid-19.
Ianya mengandungi :
- PERCUMA Satu (1) Kad SIM Pascabayar dengan nombor telefon YES;
- PERCUMA 2GB Data LTE/sebulan
Anda akan menerima pengesahan melalui emel.
Kad SIM akan dihantarkan kepada pemohon yang berjaya melalui syarikat penghantaran.
- Layari portal Layan Diri di https://shop.yes.my/shop/activate.do.
- Masukkan Nombor Pesanan ke bahagian “Nombor Pesanan” dan Nombor Telefon Yes ke bahagian “Nombor Telefon Yes”.
- Klik butang “Aktifkan” dan SIM kad anda akan diaktifkan kurang dari tempoh 2 minit.
Untuk senarai lengkap peranti yang disokong, layari https://www.yes.my/supported-devices.
Untuk memeriksa liputan rangkaian YES di kawasan anda, layari https://www.yes.my/support/coverage.
Para guru juga mempunyai tawaran eksklusif Belajar Dari Rumah iaitu pelan data tambahan sebanyak 20GB pada harga RM15 dengan tempoh sah selama 30 hari. Dapatkannya di Aplikasi MyYes.
Anda boleh menghubungi Hotline Perkhidmatan Pelanggan YES Care melalui emel di learnfromhome@yes.my.